gadis.

ayuh gadis,
ayuh bercerita,
celotehmu, sambung lagi,
aku menanti

ayuh gadis,
sering bersahaja,
bukalah cerita,
tinggal sebentar,
janji diri tegar.

ayuh gadis,
ajnabi ini hanya mahu bercerita,
mendengar kata,
dari kau saja.

ayuh gadis,
janjimu aku pegang,
buat aku renggang,
bukan jadi dusta,
atau talam bermuka dua,
hanya mahu berita,
dari kau saja.

ayuh gadis,
izin aku singkap,
hanya isi hati kamu.

maaf gadis,
aku memaksa,
prinsip kamu aku goda,
untuk kau tinggal sementara.
untuk dengar kau berbicara 

Comments